Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang  memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan  jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka  sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi  petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
 
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu  tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka  sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan  jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari  melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap  orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu  itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain  tebal yang buruk.”
 

 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar